文档库 最新最全的文档下载
当前位置:文档库 › KARANGAN_contoh

KARANGAN_contoh

KARANGAN_contoh
KARANGAN_contoh

KARANGAN

Cara penulisan karangan cereka.

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi Memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.

Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan. Contoh soalan cereka

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.

1. C erita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2. Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3. Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

4. Jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikan

*Pengenalan - tinggal sendirian

- baca buku cerita

Perenggan ke-2 -mendengar suara riuh-rendah

-menjenguk ke luar

-suatu kebakaran berlaku

Perenggan ke-3 - ramai orang mula berkumpul

-cuba membantu memadamkan kebakaran

-membantu memunggahkan barang

Perenggan ke-4 - aku terus menelefon pihak bomba

-ahli-ahli bomba tiba

Penutup -kebakaran dapat dikawal

-berasa sungguh gembira

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api

itu merebak ke rumah saya.

kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.

Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.

KARANGAN BERBENTUK PENGALAMAN

Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk … Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan?

Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.

Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.

Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.

Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.

Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.

situasi

Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ?

Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.

Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.

Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.

Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain. ......................................................................................................................................

Cara penulisan Karangan jenis berita

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?

3. Apa ?

Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita

Memberi maklumat kepada keseluruhan berita

4. Siapa ?

Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap

Jika perlu sertakan usia pelaku

5. Bila ?

Menerangkan masa peristiwa itu berlaku

Tarikh yang tepat

Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu?

1. Mengapa ?

Sebab-sebab peristiwa berlaku

Jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”

2. Di mana ?

T empat kejadian peristiwa

Jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri

3.Bagaimana ?

Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.

Mulakan penulisan dengan mencatatkan …tempat? (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.

Contoh : JERTEH, 24 Disember -

Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih …panjang-lebar?.

7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas

CONTOH KARANGAN BERITA

SOALAN;

Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka.

1. PENDAHULUAN:

Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.

2. ISI

a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.

b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah seorang ialah

pakar mekanik.

c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki

berkenaan.

CONTOH KARANGAN.

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik

Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

.................................................................................................................................

TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A

Tip UPSR: Penulisan Bahagian A

Bahasa Melayu Penul isan

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.

Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

BAHAGIAN A

Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).

Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.

Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.

Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula

menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

....................................................................................................................................

MARI KITA BUAT LATIHAN BERSAMA-SAMA. SENARAI 40 NILAI MURNI / PENGAJARAN

Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah.

AYAT JAWAPAN BAHAGIAN C.

Kita mestilah _______________

Kita haruslah _______________

Kita boleh _______________

Kita harus _______________

(JANGAN menggunakan perkataan jangan, tidak boleh dan tidak harus dalam jawapan anda)

Contoh: Gangga sentiasa membaca buku kerana dia hendak berjaya.

Jawapan: Kita hendaklah rajin membaca buku.

............................................................................................................................ SOALAN YANG POPULAR DALAM PENULISAN UPSR MENGIKUT TEMA.

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ?Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita?.

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada

sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.

3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan kamu pada hari tersebut.

6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan kamu dengan penjual barang runcit itu.

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ” Bagai Mencurahkan Air

ke Daun Keladi”.

8. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.

Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk …Ibu Saya?.

10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa

berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi

di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.

11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat

peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama

keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan

tentang lawatan kamu itu.

15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit di

kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.

16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

17.Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum

pulang.Tiba-tiba……………….

18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman

kamu bercuti di kampung datuk kamu.

19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan Tebing”.

20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.

21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan

untuk menceritakan pengalaman kamu.

22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.

23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.

................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.

25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada

Rebungnya”

26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.

28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu

rasai pada hari itu.

29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk …Jiran Saya?

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.

32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis

Catatan kamu pada hari itu.

33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.

35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.

36. Tulis karangan yang bertajuk ?Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawas an Perumahan?

37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada

kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon Awam”

39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

TEMA : SEKOLAH

40.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”.

41.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan

Kokurikulum di Sekolah”.

42.Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di sekolah.

Tuliskan wawancara tersebut.

43.Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang kem

motivasi tersebut.

44.Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan kepadanya

tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

45.Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat daerah.

Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

46.Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang hari tersebut

selengkapnya.

47.Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar

ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.

48.Anda ing in melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk surat kepada

Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

49.Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk …Sekolah Saya?.

50.Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun enam. Guru

Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.

Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

51.Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan

kamu ialah “Per lunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan syarahan kamu itu.

52.Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat menarik.

Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.

53.Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi peperiksaan

UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

54.Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara berkumpulan”

55.Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.

56.17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”

57.Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai

hari sukan tersebut.

58.Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan

pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang

perkhemahan itu.

59.Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat

kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.

60. Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah

Itu selengkapnya.

.................................................................................................................

TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A

https://www.wendangku.net/doc/0314244389.html,/cikgupaklong/penulisan-bhga-upsr ................................................................................................................................ Koleksi cadangan isi karangan yang terpilih

1. Anda sedang berbual-bual dengan rakan anda tentang masalah pencemaran air dan langkah- langkah yang dapat diambil untuk menjamin kebersihan air.Tulis dialog antara anda dengan rakan anda itu.

Pendahuluan.

- air penting untuk kegunaan harian

Isi-isi.

1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai penyakit – sakit taun, cirit-birit, dan penyakit

kulit

https://www.wendangku.net/doc/0314244389.html,ngkah untuk menjamin kebersihan air – memasak air untuk membunuh kuman

3.menggunakan penapis – air terjamin bersih

4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga

Penutup

- menjaga kebersihan air untuk menjamin

kesihatan

2. Anda mewakili kelas anda dalam suatu pertan dingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk

syarahan itu ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Tulis syarahan itu.

Pendahuluan.

- kata-kata aluan

- kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup

Isi-isi

1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya alam sekitar tidak bersih

2.tidak dapat belajar dan bekerja – negara akan mundur

3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.

4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur – rakyat perlu berganding bahu –

mengawal pencemaran

Penutup

- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga

kebersihan alam sekitar

3.Lengkapkan cerita di bawah ini.

Aku sedang memancing dengan kawanku di tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang akan sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu kawanku. Kami mendekati benda itu …

Pendahuluan.

- seperti perenggan di atas.

Isi-isi

1.menyangkakan benda yang terapung itu batang kayu – cuba menguis-nguisnya

2.terkejut – benda tersebut ialah seekor buaya lari ke tebing sungai

3.memberitahu orang kampung – membuat laporan

4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya

Penutup

- buaya tersebut ditempatkan di zoo

4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan sekolah telah mengadakan projek secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan tentang gotong-

royong yang telah dijalankan itu.

Tulis laporan tersebut.

Pendahuluan

- menyatakan tarikh, masa dan tempat gotong-

royong diadakan

Isi-isi

1.tujuan untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus sekolah - memupuk hubungan mesra

2.bermula dengan ucapan ringkas Guru Besar

3.mengecat bangunan kantin – menanam pokok-pokok bunga

4.berhenti rehat – jamuan ringan

5.menyambung kerja – membersihkan longkang

Penutup

- berterima kasih – berharap agar aktiviti yang

serupa lebih kerap diadakan

5. Ibu rakan karib anda dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit jantung.

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menyatakan rasa simpati anda kepadanya. Pendahuluan

- menanyakan khabar dirinya dan ibunya

Isi-isi

1. terkejut mendengar berita – ibunya dimasukkan ke hospital

2. meminta maaf – tidak dapat melawat ibunya

3. ibu bersalin di hospital – menjaga adik-adik di rumah.

4. berharap agar dia tidak berkecil hati

Penutup

- berharap ibunya cepat sembuh

6. Lengkapkan cerita di bawah.

Sudah lama kasut roda itu kuidamkan. Aku ingin benar memilikinya tetapi bagaimana? Ibu

bapaku tidak akan melayan kehendakku. Aku kurang memberikan perhatian pada pelajaran

berbanding dengan adikku. Dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaannya. Aku…

Pendahuluan

- seperti petikan di atas

Isi-isi

1. ayah berjanji untuk membeli kasut roda syaratnya belajar bersungguh-sungguh

2. berazam – tidak mahu ponteng sekolah tekun mengulang kaji

3. cikgu hairan – semakin rajin bertanya

4. keputusan akhir tahun – tempat pertama ayah membeli kasut idaman

Penutup

- berasa bangga – berazam untuk mengekalkan

prestasi cemerlang

7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu peristiwa yang menyedihkan anda. Tulis suatu cerita yang berkaitan dengan peristiwa sedih tersebut.

Pendahuluan

- bercuti di kampung nelayan – rumah kawan baik – keluarganya susah

Isi-isi

1. suatu malam – rumah jirannya terbakar - terjaga – segera membantu

2. api merebak ke rumah kawanku - tidak sempat menyelamatkan barang-barang

3. jeritan meminta tolong – anaknya terperangkap

4. bomba datang – tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di dewan – sungguh sedih

Penutup

- bapa datang menolong keluarga kawanku

- aku insaf atas kejadian yang berlaku

8. Baru-baru ini negara kita telah dilanda jerebu. Keadaan ini menyebabkan kita tidak selesa. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman anda menghadapi suasana tersebut.

Pendahuluan

- punca jerebu – aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan bermotor, asap dari kilang

Isi-isi

1. radio, televisyen, akhbar – menyiarkan berita mengenai jerebu

2. kurang bermain di luar rumah – tiada aktiviti kokurikulum di sekolah

3. tidak berapa sihat – batuk-batuk, mata pedih- suasana sekeliling berkabus

4. Negeri Sarawak diisytihar darurat – membeli makanan untuk bekalan

Penutup

- dua minggu kemudian – jerebu berkurang

9. Anda telah terpilih untuk menyertai suatu pertandingan akhir yang diadakan di sekolah anda. Berbagai-bagai persiapan telah diatur menjelang hari tersebut.

Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.

Pendahuluan

- menyatakan tarikh, tempat, dan nama pertandingan yang disertai

Isi-isi

1. persediaan awal – berlatih bersungguh-sungguh - menyediakan pakaian yang sesuai

2. pada hari pertandingan – berdebar-debar

3. tiba giliran – persembahan penuh bertenaga dan yakin

4. tidak sangka menang – peserta yang lain hebat

Penutup

- gembira kerana berjaya – tidak melupakan orang yang memberi sokongan – impian tercapai 10. Baru-baru ini pusat sumber sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Berbagai- bagai aktiviti telah diada ka n Tulis suatu laporan mengenai aktiviti yang telah

dijalankan.

Pendahuluan

- diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April 2012

Isi-isi

1. pelbagai aktiviti diatur – pertandingan melukis poster – terbuka kepada semua murid

2. pertandingan syarahan – Syazlin Sazali menjadi johan

3. diadakan pertandingan perbahasan antara kelas

4. pertandingan mendeklamasikan sajak

5. murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku – sepanjang minggu itu

Penutup

- segala aktiviti berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya

.................................................................................................................................. Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1.Surat ucap tahniah

2.Surat ucap takziah

3.bertanya khabar berita

4.menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat

5.Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru

6.Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga

7.membalas surat yang dihantar oleh orang lain

8.dan sebagainya

Tahukah kamu ?

Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A : 8 Februari 2012

Cara B : 8 hb. Februari, 2012

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :

nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

相关文档